Bandar dan Daerah Papar,_Sabah

Bandar Papar menempatkan beberapa bangunan penting antaranya bangunan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Papar, pasar am, stesen kereta api, pejabat urusetia, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.

Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan British yang masih wujud hingga sekarang.

Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan. Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan suatu ketika dahulu terkenal sebagai jelapang padi Sabah. Namun akibat wujudnya pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kawasan sawah padi di daerah ini semakin berkurang.